Saturday 31 December 2011

Suami Terbaik



Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . ”

“Hello?”

“Abang, nie sayang nie,”

“Emmm… ”

“Abang masih ada di kelab lagi ke?”

“Iya.”

“Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?”

“Berapa harganya?”

“Cuma $1500.00 aje”

“O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat”

“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu ”

“Berapa harga yang dia bagi?”

“Cuma $280,000 …”

“O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.”

“Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi…”

“Apa?”

“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan…. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu… sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . ”

” Berapa harga yang mereka minta?”

” Cuma $740,000… O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . .”

“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”

“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”

“Bye… I Love you too…”

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? “

Interview Dengan Pak Cik Pengemis



Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?

Pengemis : Ya… lebih kurang sudah 8 tahun , nak

Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?

Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..

Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga…

Mahasiswa : Ehhhh…..keluarga ada di mana?

Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor,yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang…

Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni…boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?

Pengemis : tak arrrrrr….semuanya mengemis seperti pakcik...

P/S: Gelak je haha

Tanda Kiamat Sudah Hampir



1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

~ dah jadi dah…

2) Zina bermaharajalela.
‘Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’- Sahih Muslim

~ dah nampak dah skrg…

3) Bermaharajalela alat muzik.
‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ‘Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’ Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…

4) Menghias masjid & membanggakannya.
‘Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid’- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah…

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.’- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu……

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang² yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ – Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’yg tinggal…

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada (tak tau lah sapa agaknya)….

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
‘Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara tanda² telah hampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…

10) Bulan sabit kelihatan besar.
‘Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.’- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok…

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamu dengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ – Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie……

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq …

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²’- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…

TOLONG INGATKAN PADA SAHABAT² LAIN!

Sumber: Facebook

Tu La Konfident Sangat, Kan Dah Kene !!!


SeOrang lelaki ingin melihat kemalangan...Malang nya dia datang lambat..Sewaktu dia sampai ramai orang ramai mengerumuni tempat kejadian..Dengan satu idea yg bernas,lelaki itu menjerit beberapa kali...

 "'Minta laluan!! Minta laluan!! Saya adalah WARIS SI MATI.!!'''

 Setibanya di depan orang ramai melihat lelaki itu dngan muka penuh kehairanan....
*RUPA-RUPANYA SEEK0R BABI TELAH DI LANGGAR...

tu la konfiden sgt....muwahahahaha...

P/S: Gelak je haha

Friday 30 December 2011

Macam Mana Nak Tahu Anda Gay Atau Tak ???



P/S: Macam mana? dah tahu anda gay ke tak??


Siapa 11 Wira Alex Ferguson ??? :Sempena Ulang Tahun Ke 70


ALEX Ferguson bakal menyambut hari lahir ke-70 hujung minggu ini dan pasukannya, Manchester United turut menyambut tahun baru dengan harapan menjulang trofi. Siapa pula kesebelasan terbaik United yang pernah dimilikinya?

SAYAP KANAN: Cristiano Ronaldo

Ini mungkin boleh dipertikaikan. David Beckham pilihan yang jelas di sini dan usahanya wajar dihargai tetapi seseorang yang dipilih sebagai pemain terbaik dunia sewaktu bersama United dan kini boleh dianggap sebagai yang kedua terbaik, lebih layak di sini. Gaya permainan Cristiano Ronaldo mungkin tidak disenangi semua orang tetapi lihat pula kepada 42 gol sepanjang musim yang dijaringkannya.

TENGAH: Roy Keane

Pemain bertubuh tegap dari Ireland itu mengawal bahagian tengah United bagaikan wilayah jajahannya. Persai�ngannya dengan pemain Arsenal, Patrick Vieira bagaikan satu legenda dan aksinya dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus di Turin, sebelum dibuang padang dan gagal ke final, sukar ditandingi sesiapa pun.


BEK KANAN: Gary Neville

Paul Parker menjadi watak pen�ting dalam pasukan Ferguson yang memenangi gelaran pertama tetapi Neville lebih menyerlah. Setia, berani dan kadangkala menyakitkan tetapi sentiasa komited dan hebat. Kariernya sebagai kesebelasan utama berlanjutan sehingga 19 tahun dan melakukan 602 penampilan.


PENYERANG: Eric Cantona

Melebihi mana-mana pemain, Eric Cantona mengubah United daripada pasukan biasa kepada juara. Tiba dengan gaya yang meletakkannya sebagai pengganti Denis Law. Dia masih disukai meskipun lima belas tahun selepas meninggalkan kelab itu, dan malam di Crystal Palace mengukuhkan reputasinya sebagai legenda.


BEK TENGAH: Nemanja Vidic

Nemanja Vidic bergelut pada peringkat awal bersama United tetapi kini tampil sebagai antara pertahanan terbaik dunia. Dia juga mampu mampu menangani Fernando Torres. Dia mempunyai kekuatan untuk berdepan mana-mana lawan dan membuktikan kewibawaannya sebagai kapten.


BEK KIRI: Patrice Evra

Mungkin ada yang mempertikaikan jika ia diberi kepada Denis Irwin atau Phil Neville. Pemain Perancis, Pat�rice Evra lebih baik, terutama dalam aspek serangan.


PENYERANG: Wayne Rooney

Tiba di kelab itu sebagai pemain remaja sensasi tetapi dibayangi Ronaldo, kini bintang Rooney semakin menyerlah. Banyak membantu United selepas kehilangan Ronaldo, menjaringkan 32 gol sebelum dihambat isu kecederaan dan masalah peribadi. Kini kembali ke tahap terbaiknya dan sedia menjadi pemain terhebat.


TENGAH: Paul Scholes

Kadang kala pilihan memang sukar dilakukan, jadi biarlah ia dilakukan orang lain. Mungkin ia milik Bryan Robson, Paul Ince atau Michael Carrick tetapi apabila ditanya kepada pemain hebat seperti Xavi dan Edgar Davids siapa yang membuatkan United cukup menjengkelkan, jawapan yang sering keluar adalah Scholes. Ia sudah memadai.


SAYAP KIRI: Ryan Giggs

Ferguson menyifatkan Ryan Giggs seperti ‘sekeping kertas ditiup angin’ ketika kali pertama melihatnya sebagai budak sekolah. Selepas 900 perlawanan, pemain Wales itu masih bertahan. Kecuali kejayaan pertama Piala FA dan Piala Pemenang Kelab Eropah pada 1991, Giggs menggalas tugas penting membentuk semua rekod kejayaan Ferguson.


PENJAGA GOL: Peter Schmeichel

Sukar memilih di antara Peter Schmeichel dan Edwin van der Sar yang tidak mempunyai perbezaan ketara. Schmeichel (lima gelaran, satu Piala Eropah) begitupun menjadi pilihan tetapi kerana dia lebih dahulu menyertai United sebelum Van der Sar (empat gelaran, satu Piala Eropah) dan membentuk pasukan itu.


BEK TENGAH: Jaap Stam

Ferguson mengakui melakukan kesilapan apabila melepaskan Jaap Stam meninggalkan pasukan itu pada 2001. Hanya bersama United selama tiga musim dan menjuarai ketiga-tiganya termasuk Liga Juara-Juara.

Hebat melakukan terjahan dan mampu membaca corak permainan. Tidak ramai yang mampu melakukan sepertinya tetapi Rio Ferdinand dianggap paling hampir.

Perompak Yang Bengong


ahmad adalah salah seorang daripada 5 saspek yang disyaki terlibat dalam rompakan bank.
beliau sedang disoal siasat oleh pihak polis di dalam penjara

polis: kamu sudah berkahwin?
ahmad: sudah
polis: dengan siape?
ahmad: seorang perempuan encik.
polis: (wajah marah sambil menghentak meja)
mestilah kahwin ngan perempuan,mane ade
orang kahwin dengan lelaki.
ahmad: ade encik.
polis: siape
ahmad: adik perempuan saya encik
polis: @$#%^&*(??>>>

P/S:Gelak je ..haha

Peringatan Daripada Ustaz Azhar Idrus


P/S: Nak try tak..haha

Power Rangers VS Naruto Di Alam Nyata



P/S: Agak agak siapa yang menang....


Thursday 29 December 2011

Kenapa Chewing Gum Diharamkan Di Singapura



Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.

Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang!

Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?

Berbasikal Rompak RM 120,000



KLANG: Hanya dengan menaiki basikal, tiga penjenayah melarikan pelbagai mata wang asing bernilai RM120,000 dalam kejadian samun di sebuah premis pengurup wang di Jalan Pelabuhan, Pelabuhan Klang, dekat sini, kelmarin.

Kejadian tidak sampai lima minit itu berlaku jam 10.30 pagi ketika hanya seorang pekerja di dalam premis.


Difahamkan, kedai berkenaan tidak dilengkapkan kamera litar tertutup (CCTV).


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof berkata, siasatan awal mendapati seorang daripada tiga lelaki terbabit membawa pistol mengugut pekerja menyerahkan semua mata wang yang ada.


Beliau berkata, mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut arahan ketiga-tiga suspek sebelum mereka melarikan diri dengan hasil samun.


“Mangsa membuat laporan polis dan hasil siasatan, ada saksi yang nampak ketiga-tiga suspek berlari keluar daripada premis tersebut dan melarikan diri dengan basikal.



“Bagaimanapun, kami masih belum dapat memastikan sama ada maklumat tersebut benar atau tidak,’’ katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Menurut Mohamad, pihaknya kini sedang menyiasat kejadian itu dan setakat ini belum membuat sebarang tangkapan.

Sumber: Metro

Keluhan Suami Isteri


        Keluhan Seorang SUAMI

       Subuh, mandi nak pergi kerja.
       pagi, naik kereta pergi kerja.
       Tengahari, tak payah kerja.
       Petang, balik kerja.
       Maghrib, tak ada kerja.
       Malam, tanya bini bole kerja.
       Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
       Tak sudah-sudah dengan kerja.

       Keluhan seorang ISTERI:

       Subuh basuh kain.
       Pagi sidai kain.
       Tengahari angkat kain.
       Petang lipat kain..
       Maghrib susun kain.
       Malam BUKA KAIN.
       Bangun pagi, hilang kain.
       Tak sudah-sudah dengan kain......Aishhhh

P/S: Gelak je..

Projek !!!



Ibu: Kenapa perot ko muncit?Ko mengandung kaa?

Anak pompuan: Ha.. ni projek sains kolej.. tajuk dia ''Proses Kelahiran''..

Ibu: Sapa laki tu..Ko cakap aku sapa laki tu.. ?

Anak pompuan: Tak tau la mak.. ni projek berkumpulan.

P/S: Budak budak zaman skang...

Wednesday 28 December 2011

Ninja Pun Nak Rehat


P/S: Kesian die...huhu

Jom Tengok Cerita Baru "Captain Malaysia"


P/S: Mari mari penuhkan pawagam disekitar rumah anda..haha

Gambar Yang Boleh Buat Peminat Man U Marah



P/S: Untung la dapat makan mister potato tiap tiap hari,barca boleh ke ???

Tuesday 27 December 2011

Lawak Bahasa Inggeris



Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Hanya Sekeping Gambar Boleh Buat Anda Gelak


Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naikdan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdirisahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."

P/S:Lepas ni jangan naik bas sambil bawak gambar..haha

Doktor Yang Takde Perasaan #2

Mark Zuckerberg Tunggang Kerbau



HANOI, Vietnam - Pengasas bersama laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg menunggang seekor kerbau semasa dia melawat Vietnam selama beberapa hari sempena cuti perayaan Krismas di Amerika Syarikat (AS).

Bilionair berusia 27 tahun itu tiba di Vietnam dengan menaiki penerbangan sewa khas bersama teman wanitanya, Priscilla Chan dan beberapa pengawal peribadi pada 22 Disember lalu.

Penolong Pengurus Hotel Topas Ecolodge, Le Phuc Thien berkata, Zuckerberg tinggal di hotel berkenaan di bandar Sapa, kawasan peranginan utara Vietnam pada Hari Krismas.

Pada hari yang sama, beliau turut mencuba pengalaman menunggang kerbau dengan seorang petani berada di sisi haiwan itu.

Zuckerberg yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook kemudian dibawa bersiar-siar di sekitar resort berkenaan.

Dia mengasaskan Facebook pada 2004.

Pemerintah Vietnam menyekat penduduknya melayari laman Facebook dan beberapa laman web lain. - Agensi

Sumber: Facebook

Doktor Yang Takde Perasaan


Setelah mendapat khabar kemalangan jalanraya yang menimpa suaminya, Tipah terus berkejar ke Hospital.

Tipah : Doktor, bagaimana keadaan suami saya?

Doktor : Siapa nama suami Puan?

Tipah : Err...Jiman Bin Seman, Doktor...

Doktor : Sebentar ye. Saya periksa fail pesakit nie. Hmmm, lukanya tak parah. Cuma calar-balar sikit di tubuhnya.

Tipah : Syukurlah...lukanya tak parah. Saya risau betul. Err...di mana suami saya, Doktor?

Doktor : Ada di bilik Mayat!

Harta Pusaka Nenek




Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

Monday 26 December 2011

Malam Pertama


Malam Selepas Tamat Majlis Perkahwinan..
Perempuan : You Bile Nak Kuar Nie?
Lelaki : Ala Kejap Lgi La...
Perempuan : Lubang 2 Kecik Sngt La... i Dah X Saba Nie..
Lelaki : Jap Eh Biar Sye Goncang Dulu..

3 Minit Kemudian..
Perempuan : You Lambat Lgi Ke?
Lelaki : Nak Kuar Dahh!!! Nak Kuar Dah!!

Bushhhhhhhhhhhh

Perempuan : Ahh! Abes Kene Muke I... Tapi, Sedap La
Lelaki : Habes Dah.. Ade La Meleleh Skit Kat Depan 2...
Perempuan : Biar I Jilat...

Tiba2 Pintu Bilik Terbuka..

Ayah Pengantin Lelaki : Ish Khusyuknye 'Maen'...
Lelaki & Perempuan : @$!%^ Maen? Kitorang Ngah Bukak Sos Cili Nie Nak Letak Kat Burger MacD!!

.
.
.
.
.
.
.
.
#Ape Le Yg Korang Pikirkan?

Sumber: Facebook

Foto Liar Bunga Cinta Lestari Tersebar

JAKARTA: Foto Bunga Citra Lestari (BCL) yang berfoya-foya di kelab malam tersebar dengan meluas di dunia maya, baru-baru ini.




Dalam sebuah laman sembang komuniti di Internet yang memuatkan foto berkenaan, turut disebut amalan berfoya-foya di kelab malam sudah menjadi kebiasaan BCL dari dulu hingga sekarang walaupun setelah memiliki anak.

Bagaimanapun, ketika wartawan Kapan Lagi mengesahkan mengenai kebenaran foto itu, pengurus BCL, Dody menafikan sekeras-kerasnya BCL gemar berfoya-foya di kelab malam.

Menurut Dody, laporan itu tidak benar sama sekali kerana ketika ini BCL sibuk menumpukan perhatian kepada anaknya, Noah.



“Itu tidak benar sama sekali. BCL tidak lagi mengunjungi kelab selepas mempunyai anak.

Tiga Kali Je Maria Curang...



Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

“Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?”

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, “Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni”

“3 kali?” Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?”

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, “Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank”

“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, “Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan..”

“Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak”, kata si suami, ” Kali ke 2 pulak?”

“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?” si isteri menyambung cerita “Ya, abang ingat” jawab si suami. “Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun..”

“Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? “, kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, “Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi….”

Tan Sri pengsan kat situ jugak.

Gempak Cara Nak Letak Iklan Antara Post




Sepertimana yang korang semua tau,iklan diantara post mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk di klik,dan ia juga merupakan salah satu syarat untuk dapat Buffering Earning....jadi kali ni aku nak share bagaimana nak letak iklan antara post,so kepada yang baru atau yang masih belum buat, bolehlah buat kat bawah ni aku ada tuliskan step bagaimana nak letak iklan antara post...selamat mencuba

Step 1:
For blogger
open Dashboard --> Design --> Edit HTML --> Expand Widget

Step 2:
Cari ayat ayat yang serupa macam ni
ctrl+F , copy code atas sekali dan paste kan

<div class='post-footer-line post-footer-line-1'>
<span class='post-author vcard'>
<b:if cond='data:top.showAuthor'>
<data:top.authorLabel/>
<span class='fn'><data:post.author/></span>
</b:if>
</span>

Step3 :
Copy code iklan nuffnang atau apa saja
Nuffnang --> Login --> Add ads --> [copy code between contents] -- Paste kan selepas code diatas


dah siap...senang je kan

P/S: Harap lepas ni bolehlah dapat BE yang banyak daripada Mr Nuff....hahaha

Sunday 25 December 2011

5 Larangan Dalam Tidur

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya , kehkeh

Sumber: Facebook

P/S: Gelak je hahaha

Cara NaK Elak Daripada Dirogol ?



Seorang wanita bercerita dengan kawannya tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.

Mangsa : “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”
Kawan Mangsa: ” ishh ngerinya…”
... ...
Mangsa: “Lepas tu aku tengok dia semacam ajer aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. ”
Kawan Mangsa: “saspen nih”

Mangsa: “dah kita perempuan mana nak sama dengan tenaga lelaki,kemudian dia dapat mendekati aku”
Kawan Mangsa: “pastu ko buat aper supaya selamat?”

Mangsa:”Aku pun terus angkat kain aku…”
Kawan Mangsa: “Hah?”

Mangsa: “Tepat jangkaan aku…. dia pun melondehkan seluar dia…”
Kawan Mangsa: “Lepas tu aper terjadi?”(tak sabar)

Mangsa: “Seperti teori bodoh, orang yang mengangkat kainnya akan lari lebih laju dari orang yang melondehkan seluar dia….jadi aku selamat…”
Kawan Mangsa: …oh. | haha (>_<) |

Sumber: Facebook

P/S: Harap harap tak ade yang cuba cara ni ...hahaha

Skandal Paling Sensasi Hollywood



DUNIA hiburan Hollywood sepanjang tahun 2011 tidak pernah kering dengan kisah-kisah mengejut terutamanya berkaitan peribadi selebriti mereka. Berikut adalah enam kisah skandal paling sensasi tahun ini yang masih belum habis menjadi buruan media dan tatapan umum. Duduk di tangga pertama adalah kisah skandal pasangan Ashton Kutcher dengan Demi Moore diikuti Jennifer Lopez dan Marc Anthony.

1 Ashton Kutcher,

Demi Moore, Sara Leal

Kutcher, 33, curang terhadap isterinya, Moore yang berusia 49 dengan seorang gadis berusia 22 tahun. Gadis tersebut dikenali sebagai Sara Leal, menjadi teman sosial Kutcher selain mendakwa pernah tidur dengan aktor tersebut. Lebih memedihkan, Kutcher curang pada hari ulang tahun keenam perkahwinannya yang jatuh pada 24 September lalu.

2Jennifer Lopez

dan Marc Anthony

Pasangan ini membuat kejutan dengan mendedahkan mereka sudah tidak lagi mahu menjadi pasangan suami isteri pada bulan Julai lalu selepas tujuh tahun berkahwin. Bagaimanapun satu sumber memberitahu, Lopez, 42, sudah mahu menuntut cerai daripada Anthony, 43 sejak dua tahun lalu namun membatalkan hasratnya kerana Anthony merayu agar tidak ditinggalkan. Lopez kemudian dilihat menjalin hubungan dengan penari bernama Casper.

3 Will Smith, Jada

Pinkett Smith, Marc Anthony

Mengejutkan apabila Will dan isterinya, Jada Pinkett Smith yang sudah berkahwin selama 14 tahun akhirnya memilih untuk bercerai pada Ogos tahun ini. Perceraian mereka didakwa kerana Pinkett kononnya mempunyai hubungan sulit dengan Marc Anthony.

4 Justin Theroux,

Heidi Bivens, Jen Aniston

Jennifer Aniston memang selalu ditinggalkan. Selepas ditinggalkan Brad Pitt, namun ada satu 'kemenangan' yang akhirnya diperoleh oleh aktres tersebut. Aktor Justin Theroux didakwa sanggup meninggalkan kekasih selama 14 tahunnya, Heidi Bivens untuk meraih cinta Aniston.

5 Kelly Osbourne,

Luke Worrall, Elle Schneider

Skandal cinta Kelly Osbourne dengan Luke Worrall yang kemudian beralih arah kepada Elle Schneider adalah skandal cinta paling tragis. Kelly membatalkan niat untuk berkahwin dengan Worrall selepas mendapati Worrall bercinta dengan kaum sejenisnya! Ya, Elle adalah seorang lelaki yang sedang menanti keputusan pertukaran jantina sebagai seorang perempuan.

6 Arnold Schwarzenegger,

Maria Shriver, Mildred Baena

Pada bulan Mei tahun ini, pelakon dan gabenor Arnold Schwarzenegger mengumumkan dia berpisah dengan isteri selama 25 tahunnya, Maria Shriver. Semuanya berpunca daripada skandal yang dibuat oleh Schwarzenegger dengan pembantu rumahnya, Mildred Baena yang telah berkhidmat bersama keluarganya sejak 20 tahun lalu. Mereka mempunyai anak lelaki bernama Joseph yang kini sudah mencecah usia 13 tahun.

Sumber : Facebook

Doa Antara Dua Sujud


DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD :
Pernah hayati? atau baca terlalu laju sampai tak sempat nak fahami maksudnya?

✔ Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
✔ Warhamnii (Rahmati aku)
✔ Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
✔ Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
✔ Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
✔ Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
✔ Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
✔ Wa’fuannii (Maafkan aku)

Doa yang bermakna bagi seorang yang bertauhid...

P/S: Moga ibadah kita lebih berkualiti

Saturday 24 December 2011

Harimau yang Beriman



Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya
,sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi. "Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana
ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..
Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.
Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma
barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin!

P/S: Moral of the story,jangan ponteng solat jumaat.

Sumber: Facebook

Wanita Is Queen In Islam


Seorang lelaki British datang kepada seorang Muslim dan bertanya, “Kenapa wanita Islam tak dibenarkan berjabat tangan dengan lelaki?”

Muslim itu bertanya kembali, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?”

Lelaki itu menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya org tertentu sahaja dibenarkan untuk bersalam Queen Elizabeth.”
...
Muslim itu tersenyum lalu berkata, “Wanita Islam adalah ratu dan ratu tidak bersalam dengan lelaki asing".

P/S; Mulianya wanita di sisi islam.

Sumber: Facebook

Temubual Dengan Pak Cik Gembala



Pemuda : Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam,padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

 sabor ja la haha

Lelaki Bangsat

Gadis : "Doktor, saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya memanggilnya lelaki bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggil dia seperti itu..."

Doktor : "Hmm. panggilan itu memang hinaan yang agak melampaui batas untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab tersendiri memangilnya sedemikian. Ceritakanlah kepada saya agar saya dapat membantu.."

Gadis : "Ya memang ada, pada suatu malam kami berdua-duaan dalam kereta di tepi pantai. Dia pegang tangan saya."

Doktor : "Dia pegang tangan kamu seperti ini?" Dr tersebut memberi contoh.

Gadis : "Ya. seperti yang doktor lakukan"

Doktor : "Kalau hanya ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat. Itu tandanya dia tidak mahu berpisah dengan kamu..."

Gadis : "Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu saya......"

Doktor : "Dia lakukan seperti inikah?"

Gadis : "Ya.. seperti inilah dia peluk saya doktor.."

Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mahu sentiasa berdampingan dengan kamu" kata Dr itu lagi.

Gadis : "Kemudian dia cium saya."

Doktor : "Dia cium kamu seperti ini ?"

Gadis : "Ya. Ciumannya sama seperti yang doktor lakukan."

Doktor : "Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bangsat, itu tandanya dia sayang kamu, kan ?"

Gadis : "Kemudian dia memasukkan tangannya ke dalam baju saya dan meraba-raba saya doktor.."

Doktor : "Dia lakukan seperti ini kah?"

Gadis : "Ya, seperti yang doktor lakukan inilah cara dia memperlakukannya. ."

Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mahu membelai diri kamu.."

Gadis : "Kemudian dia menanggalkan semua pakaian saya satu persatu.."

Doktor : "Adakah kamu membantah tindakannya? "

Gadis : "Tidak, saya merelakannya sebab saya sayang dia.."

Doktor : "Dia tanggalkan pakaian kamu seperti ini ?"

Gadis : "Ya, sampai saya telanjang bulat seperti ini doktor...."

Doktor : "Itu masih belum layak dipanggil bangsat, kerana dia sememang ingin mengenali diri kamu sepenuhnya"

Gadis : "Kemudian dia mencumbui saya lalu melakukan hubungan seksual dengan saya ..."

(selepas seketika.... )

Doktor : "Dia lakukan seperti yang kita lakukan seperti tadi kah?"

Gadis : "Ya. Memang itulah yang dia lakukan ketika itu"

Doktor : "hmm, itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia memerlukan kamu kan!?"

Gadis : "Tapi kemudian dia memberitahu saya bahawa dia ada HIV positif"

Doktor : "HAH?? DIA..MEMANG ... BANGSAT!!.. BANGSAAA TTT!!!!.. LELAKI BAAANGSAAAAAAAAT TTTTT!!!!!!!!.....

Sumber: Facebook

Hukum Karma



Hye Facebook,
Aku dengar cerita Twitter telah menggantikan kau!
Inilah namanya hukum karma.

Yang Benar~
-Myspace-


Sumber: Facebook

Malam Pertama Yang Sengal



ada sorang anak ni baru kahwin, so masa first nite tu bapa si pengantin lelaki tu bagi dia satu pistol.... Ayah"kalau binik ko still anak dara ko tembak bumbung, tp kalo tak,,,ko tembak dia...tau".Si anak "baik pak"..... lalu lepas dia masuk bilik lepas 5 minit dia tembak bumbung.......bapaK dia pun dah faham dah...... tapi pada keesokkan malam nya si anak tu tembak isteri dia sebab bini dia dah takde dara........ ini jelah kisahnya......

Sumber: Facebook

Iman Bernilai 20 Sen

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan w...ang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.

“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”

Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

“DUNIA sebagai ALAT — AKHIRAT sebagai MATLAMAT”

Sumber: Facebook

Macam Mana Kren Boleh Ada Atas Bangunan Setinggi 18 Tingkat



China,bangunan setinggi 18  yang baru dibina terpaksa dirobohkan kerana dibina diatas tanah yang tidak stabil.seorang pembeli apartment tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zhan berkata dia baru sahaja berpindah dalam tempoh 17 jam sebelum bangunan itu tersebut terpaksa dirobohkan.yang menjadi persoalan sekarang bagaimana kren yang seberat dan sebesar gambar diatas boleh berada diatas bangunan tersebut..kenapa diorang tak guna dinamit untuk hancurkan bangunan tersebut...pelik pelik..





P/S: Jadi macam mana kren tu boleh ada kat atas tu aku pun tak tau hahha

Review Gambar Sepanjang 2011

Tahun 2011 hampir melabuhkan tirai,so aku nak review sikit pasal peristiwa peristiwa yang terjadi pada tahun ni,so jom tengok


TSUNAMI JEPUN

A woman cries while sitting on a road amid the destroyed city of Natori, Miyagi Prefecture in northern Japan March 13, 2011, after a massive earthquake and tsunami



BUNUH DIRI

A 22-year-old woman in a wedding gown is grabbed by Guo Zhongfan, a local community officer, as she attempts to kill herself by jumping out of a seven-storey residential building in Changchun, Jilin province May 17, 2011. According to local media, the woman tried to commit suicide after her boyfriend of four years broke up with her, just as they were making plans to get married. The woman did not sustain any injuries during the incident


PERGOLAKAN DI MESIR

Egyptian army soldiers arrest a female protester during clashes at Tahrir Square in Cairo December 17, 2011. Soldiers beat demonstrators with batons in Cairo's Tahrir Square in a second day of clashes that have killed nine people and wounded more than 300, marring the first free election most Egyptians can remember



KAPAL YANG MENUJU CAHAYA

: A plane flies through the "Tribute in Lights" in lower Manhattan in New York September 10, 2011



KILAT YANG GANAS

 Lightning flashes around the ash plume above the Puyehue-Cordon Caulle volcano chain near Entrelagos June 5, 2011

P/S: Semoga apa yang berlaku kita ambil iktibar dan pengajaran dan moga tahun depan kita akan berada dalam tahun yang aman ...harap harap..


Wanita Mesir Ni Diseksa !!!



Egyptian army soldiers arrest a female protester during clashes at Tahrir Square in Cairo December 17, 2011. Soldiers beat demonstrators with batons in Cairo's Tahrir Square in a second day of clashes that have killed nine people and wounded more than 300, marring the first free election most Egyptians can remember

P/S: kejam kejam ...

Mark Zuckerberg Vs Steve Job


Sumber : Lawak Facebook

Benda Yang Mustahil Untuk Kita Lakukan

Tiga Benda Mustahil Yang Sukar Untuk Dilakukan


-mengira rambut anda
-mencuci mata menggunakan sabun
-menjelirkan lidah sambil bernafas
.
.
.
.
.
.
.

hehe! dah dah masokkan lidah tu...tak senonoh ler... HAHAHA!!

P/S: Haha  gelak je..

Friday 23 December 2011

Umno Ibarat Power Rangers


P/S: Gelak je haha

Khir Toyo Bersalah :Dari rumah besar ke penjara


SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tertuduh. Beliau turut melucutkan hak ke atas hartanah itu untuk dikembalikan kepada kerajaan mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Sebaik keputusan dibacakan, Mohamad Khir, 46, dilihat sugul sebelum berbincang dengan tiga peguam belanya. Zahrah Kechik pula mengusap lengan kiri tertuduh sambil berkata sesuatu.

Penyokong Mohamad Khir yang memenuhi mahkamah turut terdiam hingga ada yang menggelengkan kepala ketika keputusan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan Zahrah, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini pada harga RM3.5 juta melalui pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni pada 29 Mei 2007.

Sedangkan syarikat itu membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Rasuah didakwa berlaku dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Beliau yang memegang jawatan berkenaan dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini.

P/S: Sepandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah jua...

Sumber :Kosmo

Kisah Nenek Femes

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."

Sumber : Kumbang Jingga

Adakah Kita Orang Jenis Ni !!!


P/S: Adakah kita tergolong dalam golongan macam ni

Thursday 22 December 2011

Pertunjukan Fesyen Yang Menghina Islam









P/S: Pertunjukan fesyen islam ni juga dihadiri oleh najib dan isteri...perghh..

Sumber : blogserius