Thursday 29 December 2011

Berbasikal Rompak RM 120,000



KLANG: Hanya dengan menaiki basikal, tiga penjenayah melarikan pelbagai mata wang asing bernilai RM120,000 dalam kejadian samun di sebuah premis pengurup wang di Jalan Pelabuhan, Pelabuhan Klang, dekat sini, kelmarin.

Kejadian tidak sampai lima minit itu berlaku jam 10.30 pagi ketika hanya seorang pekerja di dalam premis.


Difahamkan, kedai berkenaan tidak dilengkapkan kamera litar tertutup (CCTV).


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof berkata, siasatan awal mendapati seorang daripada tiga lelaki terbabit membawa pistol mengugut pekerja menyerahkan semua mata wang yang ada.


Beliau berkata, mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut arahan ketiga-tiga suspek sebelum mereka melarikan diri dengan hasil samun.


“Mangsa membuat laporan polis dan hasil siasatan, ada saksi yang nampak ketiga-tiga suspek berlari keluar daripada premis tersebut dan melarikan diri dengan basikal.



“Bagaimanapun, kami masih belum dapat memastikan sama ada maklumat tersebut benar atau tidak,’’ katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Menurut Mohamad, pihaknya kini sedang menyiasat kejadian itu dan setakat ini belum membuat sebarang tangkapan.

Sumber: Metro

No comments:

Post a Comment