Friday 30 December 2011

Siapa 11 Wira Alex Ferguson ??? :Sempena Ulang Tahun Ke 70


ALEX Ferguson bakal menyambut hari lahir ke-70 hujung minggu ini dan pasukannya, Manchester United turut menyambut tahun baru dengan harapan menjulang trofi. Siapa pula kesebelasan terbaik United yang pernah dimilikinya?

SAYAP KANAN: Cristiano Ronaldo

Ini mungkin boleh dipertikaikan. David Beckham pilihan yang jelas di sini dan usahanya wajar dihargai tetapi seseorang yang dipilih sebagai pemain terbaik dunia sewaktu bersama United dan kini boleh dianggap sebagai yang kedua terbaik, lebih layak di sini. Gaya permainan Cristiano Ronaldo mungkin tidak disenangi semua orang tetapi lihat pula kepada 42 gol sepanjang musim yang dijaringkannya.

TENGAH: Roy Keane

Pemain bertubuh tegap dari Ireland itu mengawal bahagian tengah United bagaikan wilayah jajahannya. Persai�ngannya dengan pemain Arsenal, Patrick Vieira bagaikan satu legenda dan aksinya dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus di Turin, sebelum dibuang padang dan gagal ke final, sukar ditandingi sesiapa pun.


BEK KANAN: Gary Neville

Paul Parker menjadi watak pen�ting dalam pasukan Ferguson yang memenangi gelaran pertama tetapi Neville lebih menyerlah. Setia, berani dan kadangkala menyakitkan tetapi sentiasa komited dan hebat. Kariernya sebagai kesebelasan utama berlanjutan sehingga 19 tahun dan melakukan 602 penampilan.


PENYERANG: Eric Cantona

Melebihi mana-mana pemain, Eric Cantona mengubah United daripada pasukan biasa kepada juara. Tiba dengan gaya yang meletakkannya sebagai pengganti Denis Law. Dia masih disukai meskipun lima belas tahun selepas meninggalkan kelab itu, dan malam di Crystal Palace mengukuhkan reputasinya sebagai legenda.


BEK TENGAH: Nemanja Vidic

Nemanja Vidic bergelut pada peringkat awal bersama United tetapi kini tampil sebagai antara pertahanan terbaik dunia. Dia juga mampu mampu menangani Fernando Torres. Dia mempunyai kekuatan untuk berdepan mana-mana lawan dan membuktikan kewibawaannya sebagai kapten.


BEK KIRI: Patrice Evra

Mungkin ada yang mempertikaikan jika ia diberi kepada Denis Irwin atau Phil Neville. Pemain Perancis, Pat�rice Evra lebih baik, terutama dalam aspek serangan.


PENYERANG: Wayne Rooney

Tiba di kelab itu sebagai pemain remaja sensasi tetapi dibayangi Ronaldo, kini bintang Rooney semakin menyerlah. Banyak membantu United selepas kehilangan Ronaldo, menjaringkan 32 gol sebelum dihambat isu kecederaan dan masalah peribadi. Kini kembali ke tahap terbaiknya dan sedia menjadi pemain terhebat.


TENGAH: Paul Scholes

Kadang kala pilihan memang sukar dilakukan, jadi biarlah ia dilakukan orang lain. Mungkin ia milik Bryan Robson, Paul Ince atau Michael Carrick tetapi apabila ditanya kepada pemain hebat seperti Xavi dan Edgar Davids siapa yang membuatkan United cukup menjengkelkan, jawapan yang sering keluar adalah Scholes. Ia sudah memadai.


SAYAP KIRI: Ryan Giggs

Ferguson menyifatkan Ryan Giggs seperti ‘sekeping kertas ditiup angin’ ketika kali pertama melihatnya sebagai budak sekolah. Selepas 900 perlawanan, pemain Wales itu masih bertahan. Kecuali kejayaan pertama Piala FA dan Piala Pemenang Kelab Eropah pada 1991, Giggs menggalas tugas penting membentuk semua rekod kejayaan Ferguson.


PENJAGA GOL: Peter Schmeichel

Sukar memilih di antara Peter Schmeichel dan Edwin van der Sar yang tidak mempunyai perbezaan ketara. Schmeichel (lima gelaran, satu Piala Eropah) begitupun menjadi pilihan tetapi kerana dia lebih dahulu menyertai United sebelum Van der Sar (empat gelaran, satu Piala Eropah) dan membentuk pasukan itu.


BEK TENGAH: Jaap Stam

Ferguson mengakui melakukan kesilapan apabila melepaskan Jaap Stam meninggalkan pasukan itu pada 2001. Hanya bersama United selama tiga musim dan menjuarai ketiga-tiganya termasuk Liga Juara-Juara.

Hebat melakukan terjahan dan mampu membaca corak permainan. Tidak ramai yang mampu melakukan sepertinya tetapi Rio Ferdinand dianggap paling hampir.

No comments:

Post a Comment